Anda Nak Jual Rumah atau Tanah?
Tapi Tiada Masa Nak Uruskan Sendiri? Lokasi Hartanah Jauh Dari Tempat Tinggal Sekarang?
Biar kami bantu anda uruskan proses jual rumah atau tanah anda dari A-Z
Jimat masa, tenaga. Tak pening kepala!
EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera!
Saya Zaki Kamaruddin, Perunding Hartanah Berdaftar (REN31017) di bawah Maxxan Realty Sdn Bhd.
Saya pernah berkhidmat di Pejabat Tanah & Daerah di Melaka dan Pahang pada tahun 2010–2011 sebagai kontraktor dalam bidang Teknologi Maklumat di Unit Pendaftaran.
Sejak tahun 2016, saya memilih untuk terjun sepenuh masa dalam bidang hartanah – membantu pemilik dan pembeli menguruskan transaksi dengan mudah, pantas & selamat.
Dengan 9 tahun pengalaman sebagai ejen hartanah berdaftar dengan LPPEH, saya telah menguruskan pelbagai jenis hartanah – daripada rumah kediaman hingga hartanah pelaburan – dan berjaya menutup banyak transaksi dengan kepuasan pelanggan.
Saya aktif membantu penjual dan pembeli hartanah di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur, dengan fokus utama di kawasan Hulu Selangor, Rawang, Sungai Buloh, Puncak Alam dan Petaling Jaya.
Jika anda sedang merancang untuk menjual atau membeli hartanah, saya sedia membimbing anda dari awal hingga selesai proses, tanpa perlu pening memikirkan urusan dokumen atau pemasaran.
Saya juga adalah seorang Perunding Pewarisan Harta Islam di bawah Wasiyyah Shoppe Berhad. Membantu anda untuk Perancangan Hibah, Pengurusan Harta Pusaka, Harta sepencarian, Pewarisan Perniagaan, Pengurusan Harta Amanah.
Hubungi saya sekarang dan biar saya tunjukkan cara terbaik untuk capai matlamat hartanah anda.
Senarai Servis kami

Jual Hartanah
Kami bantu anda jualkan rumah, tanah lot, tanah pertanian, kedai atau pejabat

Beli Hartanah
Nak beli rumah rumah pertama? tak tau proses atau procedure? klik butang kat bawah
Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda?

Khidmat Nasihat Percuma
Kami menawarkan khidmat nasihat sebelum anda mula menjual atau membeli hartanah. Jika ada soalan berkenaan hartanah, boleh hubungi kami segera

Semak Harga Pasaran
Kami akan memastikan hartanah yang nak dijual tidak melebihi harga pasaran atau hampir dengan harga permintaan semasa. Jimat masa dan elak kerugian

Khidmat Carian
Kami menawarkan khidmat carian lokasi hartanah khas untuk tanah. Ramai pemilik ada salinan geran tapi tiada info mengenai lokasi tanah sebenar.

Pengiklanan Bersepadu
Kami berusaha mendapatkan pembeli melalui pengiklanan secara online dan juga offline. Kami akan pastikan hartanah dapat dijual dengan cepat dan tidak mengambil masa yang lama.

Cepat dan Jimat Masa
Kami mempunyai jaringan dengan ramai ejen dari agency yang sama atau agency luar untuk sama-sama cari pembeli dengan segera

Khidmat Peguam & Banker
Kami mempunyai rakan bisnes dari Peguam dan Bank yang dipercayai untuk proses perjanjian jual beli, proses mendapatkan pinjaman pemilik hartanah baru.
Blog Hartanah
“Understanding of their customer’s needs, the agent from EZ Hartanah are always a pleasure to work with.”

Muhammad Bin Ibrahim
Sedang cari perunding hartanah berdaftar? Nak saya bantu anda?
Klik butang di bawah segera untuk terus hubungi saya



