
Ramai pembeli rumah pertama di Malaysia menyesal selepas membeli kerana tidak tahu kesilapan pembeli rumah yang biasa berlaku. Sama ada tersalah lokasi, tersilap bajet, atau tidak semak harga pasaran sebenar, semua ini boleh membawa kepada kerugian besar.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 kesilapan pembeli rumah di Malaysia yang paling kerap berlaku serta cara elak rugi beli rumah supaya anda boleh membuat keputusan lebih bijak sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
1️⃣ Tidak Buat Kajian Harga Pasaran Rumah
Ramai pembeli terus beli hanya kerana “harga nampak murah” tanpa semak harga sebenar di pasaran.
Sebelum beli, semak dulu nilai semasa melalui laman rasmi JPPH (Napic) atau portal hartanah seperti PropertyGuru, Mudah.my, dan iProperty.
Bila dah tahu harga rumah yang sesuai dengan kawasan, keadaan rumah, pembeli sebenarnya boleh tawarkan harga kepada ejen hartanah. Tugas ejen itulah yang akan berbincang dengan penjual rumah untuk dapatkan harga yang pembeli dan penjual setuju. Elakkan jika penjual atau ejen yang menjual rumah di atas harga pasaran.
Kajian pasaran juga terpakai jika anda ingin membeli rumah projek baharu. Kebanyakan pemaju sekarang akan menjual harga dengan ‘Future Value’. Contohnya harga jualan RM450k, mungkin harga pasaran semasa hanya RM400k. Jika anda beli dan bila rumah itu siap, anda nak jual dengan harga dalam Perjanjian Jual Beli pun belum tentu boleh terjual. Sebaiknya tanya ejen hartanah yang pakar dengan kawasan tersebut dan minta nasihat daripadanya.
👉 Baca juga: Cara Semak Harga Rumah di Pasaran Malaysia
2️⃣ Tidak Faham Kelayakan Pinjaman Perumahan
Ramai yang terus bayar booking tanpa tahu sama ada pinjaman mereka akan lulus atau tidak.
Kelayakan pinjaman bergantung pada pendapatan bersih, komitmen hutang sedia ada, dan skor kredit CCRIS.
Sebelum mohon, kira dulu had kelayakan anda. Sebaiknya bayaran bulanan untuk rumah yang anda ingin beli adalah 35% daripada gaji bersih anda selepas tolak semua komitment yang ada. Jika anda berurusan dengan ejen hartanah, biasanya ejen akan bantu untuk semak kelayakan loan dahulu. Ini adalah untuk pastikan anda dan ejen itu sendiri tidak buang masa melawat rumah yang diinginkan.
Rujuk panduan: Cara Semak Kelayakan Loan Rumah (Panduan 2025)
3️⃣ Terburu-Buru Tandatangan Booking Form
Ramai pembeli sangka booking form hanya “satu kertas kecil” tanpa kesan. Hakikatnya, ia dokumen rasmi yang boleh menyebabkan deposit hangus jika anda batalkan. Ejen hartanah yang profesional biasanya akan menerangkan satu persatu setiap ayat dalam booking form yang disediakan.
Baca semua terma dan pastikan anda faham setiap penerangan daripada ejen. Bila dah setuju dengan setiap terma dan syarat, barulah anda boleh tandatangan booking form tersebut.
Tips Pembeli Rumah Pertama: Selepas tengok rumah, berikan masa kepada anda dan keluarga untuk fikir baik-baik dan berbincang sebelum tandatangan sebarang booking form. Elak sign borang lepas view rumah sebab rata-rata ikut pengalaman saya, ramai akan menyesal beli atau duit booking hangus.
4️⃣ Tidak Faham Jenis Hak Milik Rumah
Hak milik Freehold memberi pegangan kekal, manakala Leasehold terhad (biasanya 99 tahun).
Ramai pembeli menyesal bila sedar baki lease tinggal kurang dari 60 tahun, menjadikan nilai pasaran susah naik.
Untuk tahu perbezaannya secara terperinci, baca artikel ini:
👉 Beza Rumah Freehold vs Leasehold di Malaysia (2025)
5️⃣ Tidak Sediakan Dokumen Lengkap Untuk Pinjaman
Ramai pembeli gagal dapat pinjaman hanya kerana dokumen tidak lengkap.
Pastikan anda sediakan slip gaji, penyata bank, salinan IC, EA Form, dan dokumen sokongan lain.
Bagi yang bekerja sendiri, sediakan SSM, penyata bank 6 bulan, laporan cukai e-B, dan invoice pelanggan.
Rujuk artikel penuh: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Pinjaman Perumahan
Kesimpulan
Membeli rumah ialah keputusan kewangan terbesar dalam hidup. Dengan sedikit ilmu dan persediaan, anda boleh elak kesilapan yang buat ramai orang menyesal.
Luangkan masa semak harga pasaran, faham hak milik, kira kelayakan pinjaman, dan sediakan semua dokumen penting.
Langkah kecil hari ini boleh selamatkan anda daripada rugi besar di masa depan.
